CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

everything is about me, my other half and my cutie daughter






~~DOAKAN KAMI YE~~

Ya Allah, berkatilah akad nikah atau perkahwinan kedua mempelai ini. Jadikanlah jodoh mereka menghasilkan kebaikan. Jalinkanlah kasih-sayang dan kemesraan antara mereka. Kurniakanlah mereka keturunan yang soleh dengan mendapat anak-anak lelaki dan perempuan yang soleh sehingga cucu-cicit mereka. Lapangkanlah rezeki mereka. Dan peliharalah mereka daripada tipu daya makhluk-makhluk lain. Wahai Tuhan yang Maha Penyayang di kalangan yang menyayangi.













Tuesday, 13 November 2012

Usia kandungan 35 minggu

salam everyone :) 
tamo mention berapa lama saya dah tinggalkan blog ini.. hihi

perasaan saya sekarang like an ABCS (Air Batu Campur Spesel, ada ais krim lagi). hihi
Baby sangatlah aktif..
so comelll.. tak sabar ummi nak jumpa..
baby bump dah makin besar..
nak jalan2 pun dah terasa letihnya..
tapi kene jalan banyak2..
InsyaAllah senang bersalin.. bak kata org2 yg berpengalaman..
barang2 almost dah cukup..
tinggal mental nie nak kene kuat sikit.. hihi


Teruja nak tunggu my baby nie keluar...huhu.. 
 Camne la nak menghadapi time bersalin nanti kan..
ikutkan 30 hari lagi..
tapi dah kene prepare dari sekarang.. takut bersalin awal pulak..



Saya dah pergi Antenatal Class organized by HUKM..
Mmg recommended utk  bakal2 Mommy..
Banyak info yang kita akan dapat..
Terutama teknik pernafasan masa tengah contraction..
So kuranglah sikit nevesnye kan..
Suami wajib join jugak sebab dia pun boleh get picture on proses2 bersalin nie..
InsyaAllah.. Encik Ayep akan teman masa bersalin nanti..
Takut jugak dia tak sempat balik kalau tiba time nak bersalin nanti..


Ok sekarang masa untuk get ready dengan barang2 untuk bersalin nanti ye :) 

Barang UMMI
  • Buku pinky2 klinik kesihatan
  • Appointment card HUKM
  • IC
  • Handphone dengan Charger
--------------
  • Beg Ummi
  • Baju Cantik keluar hospital - 1
  • Baju blouse/ T-shirt butang depan - 2
  • Kain Batik - 2
  • Tudung - 2
  • Stokin - 2
  • Tuala Muka - 1
  • Toiletries - 1 set (shampoo+showerFoam+pencuci muka+berusGigi+ubatGigi+listerine)
  • Tuala mandi - 1
  • Cosmetic set - 1 (bedak+sikat+lipice)
  • Maternity Pad - 1pack/20 keping
  • Breast Pad - 4
  • Sweater - 1
  • Selipar - 1
  • Beg plastik baju kotor - 1
  • Minyak angin/ urut - 1 (kayu putih/minyak merah)
  • Air/ minyak selusuh & Air Zam zam
  • Getah rambut - 1
  • Disposable panties - 5
  • Nursing Bra - 4
  • Breastpump
  • Majalah/ Buku/ Al-Quran
  • Makanan & Minuman 


Barang BABY
  • Beg baby
  • Baby diapers - 6 keping
  • Baju baby - 3 set
  • Minyak Telon - 1
  • Baby wipes/ Wet Tissues - 1 pek
  • Tuala mandi - 1
  • Mittens n Booties - 4 set
  • Selimut/ Bedung - 2
  • Toiletries travel pack - 1
  • Barut - 4
  • Topi - 1
  • Nappy cream - 1

Ok dah selesai list down... Nak pergi pack pulak n letak dalam kereta. In case kalau anytime rasa sakit nak bersalin... boleh terus pergi hospital. Senang kalau dah siapkan awal2.. Senangkan suami kita jugak... Almaklumlahh tengah kalut2 nak bersalin nanti.. nak suruh dia sediakan barang.. sure mati kutu dia.. hihi

Ok sekarang nie kena beware dengan tanda2 nak bersalin.. Kalau salah satu nie ada.. dah kene cepat2 hospital :

~ perut mengeras + sakit + senggugut 
~ darah / cecair pekat kekuningan
~ air ketuban pecah


Owhh.. wish me luck ye.. 
Nanti update lagi kalau ada masa ye..
Tengah usha "HypnoBirthing"
Method nak memudahkan bersalin.. weee~~

Ok Dadidu dulu :)




Sunday, 2 September 2012

cak!!!!

mmmm.. perghhhh.. lama sangat blog ni tak update..
4 bulan lamanya.. 
tak pergi mana2 pun.. i was around.. blog walking here n there..
cuma sangat malas2 nak update..

some of u may spot something right...?
hihi.. YESS!! i'm 6 months pregnant..
Alhamdulillah.. rezeki Allah.. Syukur sangat2..

Perasaan? Campur2 ok~~
happy banyak2... takut sikit2..  

i'm experiencing a Miracle.. Subhanallah...
Boleh rasa gerak2 dalam perut.. n  she is my baby.. my darah daging..
Touching hokeeyyy..
can't wait to c her...

SHE??
yerppp it's  a baby girl.. InsyaAllah..
done wit 4D scan beberapa minggu yang lepas..
cute sangat bila dia letak tangan kat kepala..
pastu tutup2 muka..
i was lucky encik Ayep ada accompanied me.
Rasa terharu sangat2.. tapi tahan tamo nanges2..
semenjak ngandung memang saya kuat nanges..
sensitif sangat2..
tapi depan orang tak tunjuk la.. 
Taraaaaa... masa nie tangan dia tutup telinga.. hihi..




preparation.? nothing much... ehh none kut..
tak beli apa2 pun lagi..
takde Mood nak shopping..
taktau nape.. ??
dah banyak kali pegi shopss... tapi end up tak beli apa2 pun..
sian baby Ummi..
Ummi? hihi.. terasa kegelian pulakk..

owhh ramai orang kata my bump besar..
tapi saya suke jerr... hihi
As long as my baby n me myself sihat..

Nanti sambung2 lagi ye..
Tak terlambat rasanya nak ucapkan..
Selamat hari Raya. :)

looking forward for a vacation sebelum baby kuar..
sangat tensen dengan kerja ofis.. tired n bored.. n sick!!!!!!
Can't wait.. lepas beranak nie.. cari kerja lain.

P/S: Ya Allah moga anakku tak MAMAI macam sumpahan orang tu kat saya~~




Monday, 16 April 2012

something special untuk encik ayep

Alhamdulillah hari nie sihat kembali..
cuma batuk2.. dan selesema sikit..
Alhamdulillah..
macam tau2 je esok encik ayep nak balik..

so malam nie start buat operasi.
kemas apa yang patut..
prepare apa yang patut kan~~
kata nak buat suprise..

1st thing 1st ~~ tempah kek - DONE
saya tempah ngan opis mate..
cheese cake with chocolate topping.. nyummm2
will upload later~~

2nd thing ~~ birthday card.... hmmm nopp... instead of card, i use photo album (hadiah kahwin) and put semua piCcas yang berkenaan.... hiaslah ape yang patut..
hihi.. kunun2.. imbas kembali dari zaman kawan2 sampai la sekarang...
and the last page gonna suprise him~~ lalalala



3rd thing ~~ masak untuk dia... tengah pecah kepala fikir nak masak ape nih~~
hope dapat idea by pagi esok~~ giler very the last minit.. so very ME.. hihi


4rd thing- selain mengamalkan habit m'ambil cuti di hari lahir sendiri.. so bila dah ada suami... tambah lagi satu habit... ambil cuti di hari lahir suami.. besnyerrr~~

rasanya itu je kut.. hope dapat direalisasi~~


p/s: my SIL bersalin esok dan kene operate.. i wish best of luck to her.. Semoga Allah S.w.t permudahkan segalanya.. Amin 

Sunday, 15 April 2012

Penyakit M

M merujuk kepada malas..
minggu yang tak produktif..
badan lemah semacam..
makan pun tak selera sangat..
demam on-off start hari jumaat sampai sekarang..
paling tak best pakej dengan batuk sekali..
pening pun join sekali..
sakit RINDU kah?
hihi.. i'm trying to be strong~~
Ya Allah kuatkan aku..

Besday Encik Ayep 18/4 niee...
i do hav a lot of ideass..
tapi tak larat nak realisasikan..
tapi yang pasti ada suprise utk dia..
hope he like it~~ ngeh3
hadiah?
dia nak gitar elektrik.. hmmm..
saya dah cakap awal2 kalau nak hadiah tuh kene tunggu my bonus..
so i told him that i can only afford to give him "kasih sayang"..
dia kata ok.. tak kisah.. :)
but sure dia akan suka ngan suprise yang saya nak buat...

2 hari lagi dia nak balik..
i just wish during my DOWN time nie.. dia ade to accompany me..
saya takkan gie klinik selagi dia tak balik..

well ini makanan orang sakit.. ini je yang mampu masuk dalam mulut..
bubur nasi bersama ikan bilis goreng dan sayur sawi goreng ngan sos tiram.









Wednesday, 4 April 2012

tanggungjawab sang isteri

it's been 2 months since my big day..
Alhamdulillah..
nampak sgt blog nie sebulan sekali update.. hihi
nway,
 2-2 masih bersabar melayan kerenah masing2.. hihi
sorang kuat merajuk, sorang tak berperasan sangat..
tapi betapa buruknya pasangan kita....  kita accept dia seadanyakan~~
itu hanya secuit je keburukan yg sememangnya tak dapat menandingi byk lagi kebaikan pasangan kita..

I'm happy with my marriage.. :)
So anything bad about my encik ayep will not be spread out here..
hihi..
Coz he is d best thing that ever happened to me taw~~

tapi sesaje je nak kongsi.. untuk panduan diri sendiri jugak..
saya ada terbaca satu blog nie..
wajiblah dirahsiakan..
kalau dia bengang ngan husband dia, dia akan tulis dalam blog..
cerita habis keburukan husband dia..
bagi saya, walau kita ada masalah pun dalam marriage, walau buruk mana husband kita... rasanya tak elok kutt.. nak cerita kat orang..  BERDOSA.. betul tak??

kadang2 bila kita borak2 kosong ngan frenzzz.. Xpciallly yg married frenzzs.. kita tend to meluahkan ketidakpuashatian hati masing2 terhadap suami..
huhu... i accidentally did it sometimess~~
Ya Allah moga diampunkan dosa ini..

sumber; http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/2-perkahwinan-mengikut-islam/61-tanggungjawab-seorang-isteri

TANGGUNGJAWAB ISTERI

TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.
-Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper, and raise not your voice in my presence, especially when I am in a moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagi “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah, maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah keluarga bahagia.




cepat balik ye encik Ayep.. (haha macamlah bole balik sesuka hati)
rindu nak solat same2..
rindu nak masak utk awak..
rindu bila awak menyakat saya..
rindu awak hantar dan amik kat opis..
rindu everything about u..~~ jiwang plak rasenye but it's true from my heart.. ♥



 actly i miss both
kenit sorang tuh anak my BFF.. puan Lida
comel gile
geramm sangat





Friday, 16 March 2012

2 minggu tanpa suami dan deko ruang dobi

cukup2 sebulan saya kahwin, saya dah kene tinggal...
isteri manalah yang tak sedih kan...
hari nie cukup seminggu dan 4 hari ditinggalkan...
tapi life must go on..
dia pergi bukan pergi suke2.. tapi pergi cari rezeki utk keluarga..

sebelum kahwin pun saya dah tau keje dia camtu..
takkan sekarang ngade2 nak ngomel...
nak suarakan ketidakpuashatian...
bukan! bukan!
saje je ngomel utk hilangkan rasa sunyi, sedih n rindu jugak.. hihi

bila suami tiada sisi, banyak mengajar saya erti menghargai dia...
jadi lebih berdikari, kene pandai buat keputusan sendiri,
bukannya sebelum nie saya tak reti berdikari... tapi bila dah kahwin kita banyak rely on suami..
semua keputusan mesti nk dapat persetujuan dia.. 
awak ok tak kalau camni? awk ok tak kalau camtu?
just nak dengar dia cakap ok je~~ bila dia cakap OK... hati dah berbunga2.. senyum sampai ke telinga..
kalau dia cakap tak ok.. mulalah nak muncung semeter.. 
akhirnya dia akan cakap OK jugak.. 
so apa poin tanya OK ke tak??? hihi..
Ini namanya perangai mengade bila dengan SUAMI.. hihi
bila dia takde mulalah rasa lainn.. 
dah takde tukang ckp OK... huwaaaaaaaaaaa 

oklah tamo layan sangat perasaan
Sebenarnya dah seminggu mesin basuh sampai,
tapi tak boleh guna sebab kepala paip tak suit mesin tuh..
so kene tunggu encik Ayep balik juga untuk tukar kepala paip...
sementara nie terpaksalah hantar dobi... 
tak larat u nak basuh tangan... sikit2 tu basuh la jugak kan..

sebenarnya takde mood nak kemas2 ruang dobi tuh...
Ecece ruang dobi kunun... 
a.k.a ruang membasuh baju..
Buat masa nie kami menyewa kat apartment kat Bandar Tun Razak,
Suka sangat sebab ada ruang kecil utk letak mesin basuh..
kunun2 nak jadikan tmpat wet kitchen..
tapi malas nak campur lak... so totally ruang ini untuk aktiviti mendobi shaja...
jemur kain kat balkoni rumah...
kitorang beli retractable cloth hanger.. so jimat space..
nak jemur baru buka..

Ruang dobi yang muram, (maap kualiti gambar mcm tak best)


nampak tak barang yang sepah2 tuh.. itu dari ruang dobi sebelum clear



nak cari idea nak deco ruang ini...
walaupun bukan rumah sendiri tapi nak deco jugak..
estimate 2 tahun nak duduk sini..
lame tak lame lahh.  tapi i wanna make it mcm rumahku syurgaku~~~

boleh curi idea seperti ini;

owhh jadikan tempat nak iron jugakk... menarik


kalau ruang besar, ok lah kalau camnih;



ok i luv this word... SIMPLIFY


in BLue.. comel


kalu wane PINK lagi comei.. 

tapi yang pasti saya nak ada laundry basket dresser... dah siap2 asing baju kotor.. so senang nak basuh nanti..

bole refer blog ANA WHITE HOMEMAKER dia ajar cara nak wat laudry dresser camnih..
so boleh DIY jugak~~~

or boleh buat rak camni.. just gune plywood jerr..
pun boleh tengok blog ANA WHITE HOMAKER jugakkk.. DIY taw~~



ok yang nie sangat comel.. ade langsir taw... tapi applicable utk front loading washer jer.. so mine adalah top-loading washer.. tak boleh lah nak berlangsir bagaikan...


susun detergent camni pun ok gak kan..


now dah macam2 benda yg dlm kepala yg saya nak buat.
hihi.. 
can't wait to share with u.. encik ayep
cepatlah balik.. i miching-michingg u so muchy..♥


Tuesday, 13 March 2012

Kahwin itu ibadah.. Alhamdulillah terlaksana sudah ibadah yang satu ini..


Alhamdulillah.. kami dah selamat diijabkabul~~
Sudah sah bergelar isteri kepada encik ayep sejak sebulan yang lepas...
Minta maaf tiada update sejak dua bulan yang lepas..
Everything happened so fast... BZ like a bee.. 
really!! sedar2 je sekarang dah jadi isteri orang..(gelak2..cam tak percaya kutt) i did miss my "BUJANG" life.
Tapi hidup sekarang juta2 stoberi lagi bestt.. Alhamdulillah...Syukur dipertemukan dengan orang yang dapat bimbing saya Dunia Akhirat... Amin

Sharing some piccas taken by my OP.. curi dari page dia.. jom like banyak2 page die