CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

everything is about me, my other half and my cutie daughter






~~DOAKAN KAMI YE~~

Ya Allah, berkatilah akad nikah atau perkahwinan kedua mempelai ini. Jadikanlah jodoh mereka menghasilkan kebaikan. Jalinkanlah kasih-sayang dan kemesraan antara mereka. Kurniakanlah mereka keturunan yang soleh dengan mendapat anak-anak lelaki dan perempuan yang soleh sehingga cucu-cicit mereka. Lapangkanlah rezeki mereka. Dan peliharalah mereka daripada tipu daya makhluk-makhluk lain. Wahai Tuhan yang Maha Penyayang di kalangan yang menyayangi.













Thursday, 27 October 2011

kek gula hangus

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


my 1st attempt... hihi
kek gula hangus
ada jugak orang panggil kek sarang semut


Actly my housemate, kak syida yg buat kek nih...
Me as her assistant je.. penat taw kacau adunan kek nih.. 
Pastu tersengguk-sengguk depan oven tunggu bila lah kek ni nak masak..
hihi.. tipooo je.. senang je kowang
nanti bole lah masak utk FH (future husband)..

Sedap makan bila panas... nyum.nyum..
i loikkee sebab tak manis sangat..


saya bagi resipinye ye.. kalau rajin cubalah
senang tak payah penimbang guna cawan je

1 buku butter (250grm)
1 tin kecil susu pekat manis
10 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar sodium bikarbonat
3 cawan gula
3 cawan air

cara-caranya ye puan-puan.. cik-cik.. tuan2.. pun bole..hihi

Butter dikacau dengan susu pekat sehingga sebati..
Sementara tuh goreng 3 cawan gula dalam kuali or periuk.. betulke goreng?.. masak gula tuh sampai berwarna keperangan dan gula hancur... 
Masukkan air ke dalam gula tadi.. masak hingga mendidih ye kawan-kawan.. 
Biarkan sejuk..
(INGAT!! gula kena masak sampai warna keperang-perangan taw... )

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.. Lepas masuk satu kacau.. n then masuk lagi dan kacau.. Ulang sampai telur yang ke 10 ye... (Jangan malas2.. babap kang)
Tepung gandum yang diayak bersama sodium bikarbonat dimasukkan ke dalam adunan tadi.
Kacau sebati..
Akhir sekali masuklah gula hangus tadi.. Kacau lagi..
Siap.. ehhhhh belum lahh.. 
BAKAR dalam oven selama 1 jam dgn suhu 150-180 darjah celcius..
Rajin2 la tengok.. kut2 terhangit..
tapi saya suka kalau garing2 sikit..

Thankss kak syida sebab ajar masak kek ni..
owhh malam ni rosak dietku..

sekian~~~